Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4-MINI KT (KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN)

KERANGKA TEORITIKAL

Penyataan masalah bagi kajian adalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.
  • Kaedah Mengajar
Berdasarkan kursus kaedah mengajar, strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah video interaktif.

  • Psikologi Pendidikan

1. Teori Konstruktivisme

Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula, Teori Konstruktivisme digunakan bagi mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan. Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.


2. Teori Pembelajaran Peniruan

Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1925) yang menekankan berkenaan dengan Teori Pembelajaran Peniruan.

Berdasarkan teori ini, apabila guru ingin memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah jualan, guru boleh menggunakan video interaktif yang memaparkan empat aktiviti jual beli yang menunjukkan empat jenis kaedah jualan. Selepas itu, guru meminta pelajar supaya melakonkan semula aktiviti jual beli yang telah mereka tonton supaya pelajar dapat memahami dan dalam masa yang sama mengingat jenis-jenis jualan tersebut.


KERANGKA KONSEPTUALKERANGKA OPERASIONAL

  1. Guru mengajar sesuatu tajuk dengan memperkenalkan fakta dan tema utama
  2. Guru menunjukkan video mengenai perdagangan dan keusahawanan
  3. Pelajar duduk di dalam kumpulan heterogeneous
  4. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan
  5. Guru memantau perbincangan
  6. Pelajar diberi kuiz
  7. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dengan kuiz yang sebelumnya
  8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan tertinggi menerima ganjaran
** Proses diulangi pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI 12: TUGASAN-PEMURNIAN KT

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang dapat kami kenalpasti adalah seperti di bawah:

Tajuk:

"Video Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran".

Pernyataan Masalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Tujuan Kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan dan Keusahawanan lebih menarik dan efektif

Objektif Kajian:
  1. Mengkaji samada penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kaedah konvensional kepada terkini
  2. Mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan
  3. Menilai samada penggunaan video interaktif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Keusahawanan
Bentuk Soalan kajian:

  1. Adakah kaedah konvensional dapat diubah kepada kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan video interaktif?
  2. Adakah pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Adakah minat pelajar dapat ditingkatkan dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dengan penggunaan video interaktif?

AKTIVITI 11: TUGASAN 2-ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Tajuk jurnal : Exploring A Conceptual Model-Based Approach To Teaching Situated Word Problem
Pengkaji : Yan Ping Xin & Dake Zhang

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti punca dan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam Matematik serta jalan penyelesaiannya.

JURNAL 2

Tajuk Jurnal: School Counselor Action Research : A Case Example
Pengkaji: Leslie Luck, M. Ed

PENYATAAN MASALAH:
Melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kaunselor di sekolah akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam pembacaan dan skor Matematik.

JURNAL 3

Tajuk Jurnal : An Investigation of Reading Strategies Employed by Trainee Teachers
Pengkaji: Feryal Cubukcu

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti sejauh mana kepentingan strategi latihan dan kenapa strategi tersebut perlu dipelajari untuk meningkatkan tahap pembacaan guru pelatih.


AKTIVITI 10 : TUGASAN 1- MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Buku: ACTION RESEARCH

Maksud kajian tindakan:

Suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang. Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah. Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal. Tindakan yang diambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan. Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajara dan pembelajaran. Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang diambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.

Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan kerana guru mahu mendapatkan hasil kajian mereka sendiri dan ini lebih berguna daripada hasil kerja orang luar dan seterusnya akan menjadi persoalan semasa latihan kurikular. Guru akan melakukan kajian tindakan apabila mendapati prestasi akademik pelajar menurun. Guru melakukan kajian tindakan di dalam kelas dan sekolah.

Bagaimana guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan menerusi beberapa langkah iaitu guru mengenalpasti masalah yang berlaku di sekolah dan di dalam kelas, mencari cara untuk mengatasi masalah yang berlaku, menetapkan matlamat dalam kajian yang dilakukan dan menjalankan kajian menggunakan pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Langkah-langkah seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dilakukan oleh guru untuk menjalankan kajian tindakan.

  • Merancang
  • Bertindak
  • Pemerhatian
  • Mereflek

Kaedah Pemerolehan Data: