Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4-MINI KT (KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN)

KERANGKA TEORITIKAL

Penyataan masalah bagi kajian adalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.
  • Kaedah Mengajar
Berdasarkan kursus kaedah mengajar, strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah video interaktif.

  • Psikologi Pendidikan

1. Teori Konstruktivisme

Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula, Teori Konstruktivisme digunakan bagi mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan. Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.


2. Teori Pembelajaran Peniruan

Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1925) yang menekankan berkenaan dengan Teori Pembelajaran Peniruan.

Berdasarkan teori ini, apabila guru ingin memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah jualan, guru boleh menggunakan video interaktif yang memaparkan empat aktiviti jual beli yang menunjukkan empat jenis kaedah jualan. Selepas itu, guru meminta pelajar supaya melakonkan semula aktiviti jual beli yang telah mereka tonton supaya pelajar dapat memahami dan dalam masa yang sama mengingat jenis-jenis jualan tersebut.


KERANGKA KONSEPTUALKERANGKA OPERASIONAL

  1. Guru mengajar sesuatu tajuk dengan memperkenalkan fakta dan tema utama
  2. Guru menunjukkan video mengenai perdagangan dan keusahawanan
  3. Pelajar duduk di dalam kumpulan heterogeneous
  4. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan
  5. Guru memantau perbincangan
  6. Pelajar diberi kuiz
  7. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dengan kuiz yang sebelumnya
  8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan tertinggi menerima ganjaran
** Proses diulangi pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI 12: TUGASAN-PEMURNIAN KT

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang dapat kami kenalpasti adalah seperti di bawah:

Tajuk:

"Video Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran".

Pernyataan Masalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Tujuan Kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan dan Keusahawanan lebih menarik dan efektif

Objektif Kajian:
  1. Mengkaji samada penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kaedah konvensional kepada terkini
  2. Mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan
  3. Menilai samada penggunaan video interaktif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Keusahawanan
Bentuk Soalan kajian:

  1. Adakah kaedah konvensional dapat diubah kepada kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan video interaktif?
  2. Adakah pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Adakah minat pelajar dapat ditingkatkan dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dengan penggunaan video interaktif?

AKTIVITI 11: TUGASAN 2-ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Tajuk jurnal : Exploring A Conceptual Model-Based Approach To Teaching Situated Word Problem
Pengkaji : Yan Ping Xin & Dake Zhang

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti punca dan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam Matematik serta jalan penyelesaiannya.

JURNAL 2

Tajuk Jurnal: School Counselor Action Research : A Case Example
Pengkaji: Leslie Luck, M. Ed

PENYATAAN MASALAH:
Melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kaunselor di sekolah akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam pembacaan dan skor Matematik.

JURNAL 3

Tajuk Jurnal : An Investigation of Reading Strategies Employed by Trainee Teachers
Pengkaji: Feryal Cubukcu

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti sejauh mana kepentingan strategi latihan dan kenapa strategi tersebut perlu dipelajari untuk meningkatkan tahap pembacaan guru pelatih.


AKTIVITI 10 : TUGASAN 1- MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Buku: ACTION RESEARCH

Maksud kajian tindakan:

Suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang. Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah. Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal. Tindakan yang diambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan. Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajara dan pembelajaran. Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang diambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.

Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan kerana guru mahu mendapatkan hasil kajian mereka sendiri dan ini lebih berguna daripada hasil kerja orang luar dan seterusnya akan menjadi persoalan semasa latihan kurikular. Guru akan melakukan kajian tindakan apabila mendapati prestasi akademik pelajar menurun. Guru melakukan kajian tindakan di dalam kelas dan sekolah.

Bagaimana guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan menerusi beberapa langkah iaitu guru mengenalpasti masalah yang berlaku di sekolah dan di dalam kelas, mencari cara untuk mengatasi masalah yang berlaku, menetapkan matlamat dalam kajian yang dilakukan dan menjalankan kajian menggunakan pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Langkah-langkah seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dilakukan oleh guru untuk menjalankan kajian tindakan.

  • Merancang
  • Bertindak
  • Pemerhatian
  • Mereflek

Kaedah Pemerolehan Data:

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 : TUGASAN 4-MINI KT

Tajuk Mini Kajian Tindakan
~Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

Matlamat kajian tindakan:
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek perdagangan lebih menarik dan efektif.

Bentuk objektif kajian :
1) Meneroka aplikasi video dalam proses P&P subjek perdagangan
2)Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek perdagangan

Bentuk soalan kajian:
1) Bagaimana aplikasi video interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan.
2) Adakah aplikasi video interaktif memberi sebarang kesan positif terhadap proses P&P.

AKTIVITI 8 : TUGASAN 4- MINI KT

Berdasarkan perbincangan yang lepas, terdapat 5 kelemahan yang wujud dengan mengaplikasikan video interaktif dalam pengajaran iaitu:

1. Proses P&P akan membosankan jika tahap penguasaan murid di dalam kelas adalah tidak sama
2. Kegagalam murid mengaitkan antara video yang ditayangkan dengan isi pengajaran
3. Mencabar kreadibiliti guru
4. Kekurangan peralatan dan kemudahan teknologi di sekolah
5. Guru yang cetek kemahiran ICT

Antara cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dikemukakan di atas adalah seperti berikut:

Pengawalan sepenuhnya oleh guru di sepanjang proses P&P
Guru perlu sentiasa memerhatikan semua murid di dalam kelas supaya terlibat dalam proses P&P. guru tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan kelas dan membiarkan murid menonton video. Kegagalan dan kelalaian guru akan menyebabkan pelajar tidak mempedulikan langsung isi pengajaran.

Guru perlu telus dan kaya penguasaan bahasa
Guru perlu menerangkan kembali kepada pelajar mengenai isi pengajaran setelah video diitayangkan. Pengajaran boleh dimulai dengan bertanyakan kepada murid terlebih dahulu tentang apa yang mereka faham melalui tayangan bagi melihat sejauh mana pemahaman mereka. setelah itu, proses P&P perlu diteruskan dengan penerangan oleh guru secaralebih lanjut.

Guru perlu bijak menyeimbangkan antara keperluan penggunaan ICT atau tidak berdasarkan topik yang akan diajar
Guru tidak semestinya sepanjang masa menggunakan ICT dalam setiap pengajarannya.kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran perlu diaplikasikan mengikut keperluan dan objektif pengajaran.

Keprihatinan guru dan pihak sekolah
Guru dan pihak sekolah perlu berusaha untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh pelajar supaya murid dapat diberikan pendedahan awal mengenai kepentingan ICT dalam pendidikan.

Guru perlu bijak dan sentiasa mengambil peluang
Guru di alaf baru perlu sentiasa proaktif dan sentiasa mengambil peluang mendalami ilmu terutama dalam bidang ICT kerana dengan membudayakan ICT dan teknik pengajaran yang baru akan melahirkan pelajar yang versatil dan aktif.





























AKTIVITI 7 : TUGASAN 4 -MINI KT

Tajuk Mini Kajian:
~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

Setelah membuat refleksi kendiri, dalam pasukan serta berbincang dengan rakan lain, antara kelemahan pengajaran menggunakan video interaktif adalah seperti berikut:

Proses P&P akan membosankan jika tahap penguasaan murid di dalam kelas adalah tidak sama
Pelajar yang kurang memahami isi pengajaran menggunakan video interaktif akan meminta guru untuk mengulagi kembali tayangan isi pengajaran berkali-kali. Proses ini akan mengambil masa dan bagi murid yang cepat faham sudah tentu akan membosankan mereka.

Kegagalam murid mengaitkan antara video yang ditayangkan dengan isi pengajaran
Pelajar mungkin akan tertarik dengan video yang ditayangkan tetapi tidak memahami apa maksud serta kaitan sebenar dengan isi pengajaran yang akan guru sampaikan. Maksud sebenar-benarnya tidak sampai dan tidak memberi makna kepada pelajar.

Mencabar kreadibiliti guru
Guru tidak boleh sewenang-wenangnya hanya menggunakan video interaktif dalam pengajaran di dalam bilik darjah tanpa memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya kepada murid. perkaitan antara apa yang ditayangkan dengan isi pengajaran perlu diterangkan oleh guru dengan bijak supaya maksud yang ingin diterap ke dalam diri murid berjaya serta objektif pengajaran tercapai.

Kekurangan peralatan dan kemudahan teknologi di sekolah
Hasrat untuk mengaplikasikan video interaktif dalam P&P akan terbantut sekiranya peralatan yang diperlukan adalah tidak mencukupi.

Guru yang cetek kemahiran ICT
Masalah juga akan timbul sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran secukupnya dalam ICT dan tiada usaha untuk menambahkan ilmu dalam bidang berkenaan.






AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 - MINI KT

Tajuk Mini Kajian:
~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

Setelah membuat refleksi kendiri, dalam pasukan serta berbincang dengan rakan lain, antara kekuatan pengajaran menggunakan video interaktif adalah seperti berikut:


Tayangan video boleh diulang banyak kali

Sekiranya pelajar kurang memahami isi pengajaran, guru boleh bertindak dengan menayang kembali isi pengajaran tersebut. Ulangan ini boleh dilakukan berkali-kali sehingga semua murid faham.

Dapat menjimatkan masa guru dan pelajar

Masa juga dapat dijimatkan kerana isi pengajaran boleh disampaikan hanya dengan menggunakan kemudahan video yang ada.


Menjadikan proses P&P lebih menarik dan bermakna
Proses P&P menjadi lebih menarik kerana kaedah penggunaan video ini merupakan salah satu daripada usaha untuk mengaplikasikan kemudahan ICT dalam bilik darjah.


Menjana idea kreatif guru dan pelajar
Guru biasanya akan berusaha untuk menyampaikan isi pengajaran yang mudah dan terbaik kepada muridnya supaya cepat difahami dan idea yang kreatif dari guru bleh disalurkan dengan penggunaan kemudahan teknologi video interaktif.

Mengaplikasikan kemudahan teknologi sedia ada dalam proses P&P
Proses P&P dapat dipelbagaikan di samping penggunaan kemudahan teknologi secara maksimum.


Mampu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran konvensional kepada moden

Pengajaran konventional yang lebih berpusatkan guru boleh diubah dengan menggunakan video interaktif. ini kerana ia akan menggalakkan perbincangan dan pertukaran maklumat antara murid boleh berlaku. jadi, pengajaran berpusatkan murid dapat diaplikasikan.

Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 5: PROFESIONALISME GURU NOVIS

Maksud guru novis

Novis bermaksud baru atau boleh dirujuk kepada orang yang baru bekerja dan mereka tidak mempunyai pengalaman. Guru novis merupakan guru yang baru tamat kursus perguruannya dan baru sahaja menamatkan latihan perguruan. Mereka belum mempunyai sebarang pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan dan masih perlu banyak belajar serta menyesuaikan diri.



MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Semua guru termasuk guru pelatih, novis atau berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan. Ini kerana, hanya dengan melakukan kajian tindakan sahaja, guru-guru akan dapat meningkatkan kreativiti pengajaran serta menambahkan pengalaman sedia ada. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat diperbaiki kerana guru sentiasa dari masa ke semasa akan berusaha untuk menambahkan pengetahuannya. Amat penting kepada guru novis supaya mempunyai kemahiran dalam menarik perhatian pelajarnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Jadi guru novis perlu berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan sedia ada dan menggarapnya supaya menjai lebih menarik.

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana ia akan dapat menambahbaik kemahiran berkomunikasi dengan pelajar terutama semasa menjalankan kajian. Selain itu, ia akan dapat mencari kaedah terbaik untuk membantu pelajar lebih memahami topik yang dipelajari. Kajian tindakan juga menjadikan guru supaya guru peka terhadap persekitaran terutamanya situasi semasa dalam bidang pendidikan. selain itu, guru juga akan dapat:
  1. meningkatkan penggunaan BBM yang lebih afektif dan kreatif
  2. dapat merapatkan hubungan antara guru-guru di dalam kajian tindakan koloberatif
  3. membantu pelajar untuk belajar dengan teknik-teknik atau cara yang berkesan
  4. dapat memperlihatkan perkembangan seorang guru dan pelajar ke arah yang positif
  5. mendapat pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing
  6. dapat bertingkah laku professional, beriltizam dan patuh kepada keperluan etika dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran
  7. dapat bergiat aktif dalam meningkatkan profesionalisme keguruan seperti mengamalkan pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan, melakukan reformasi pendidikan dan penglibatan diri dalam membuat keputusan.


Bincangkan dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Monday, November 16, 2009

AKTIVITI 4 : TUGASAN 4- MINI KT

Cadangan tajuk untuk mini kajian tindakan:

"Video Interaktif di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan"

Penyataan masalah:

  1. Amalan pengajaran guru sedia ada dianggap konvensional.
  2. Penggunaan video dalam pengajaran adalah terhad dan tiada kepelbagaian.
  3. Adakah minat pelajar terhadap matapelajaran perdagangan dapat dipertingkatkan melalui aplikasi video interaktif?

Peserta kajian:
-Pelajar Tingkatan 4 (kelas perdana)

Setting kajian:
-Bilik Darjah

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 3 : TUGASAN 3 KOLOKIUM

Tajuk Kajian Tindakan 1:

Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud

Nama Pembentang:

Mohd Hafiz Bin Hassan

Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Selain itu, pelajar juga akan cepat memahami topik yang akan diajar dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya terlibat secara aktif di dalam bilik darjah dan mengelakkan pelajar menjadi bosan dengan pembelajaran sebelum ini yang menggunakan konsep yang sama sahaja.

Tajuk Kajian Tindakan 2:

Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains Melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pbm)

Nama Pembentang:

Syaidatul Haini Bt Mohd Radzi (P48676)

Rasyidatun Naja Bt Isa (P48623)

Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar tingkatan satu terhadap subjek sains melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah (pbm). Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan suasana pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa minat pelajar untuk belajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran bersasaskan masalah.

TUGASAN 3 : AKTIVITI 3

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

Pada 26 dan 27 Oktober 2009, saya bersama dengan sahabat-sahabat DPLI Julai UK M telah mengikuti Kolokium DPLI UKM ambilan Januari ke Hotel Palm Garden IOI Resort Putrajaya.

Di sini saya sempat mencacat dua set kajian dan tindakan yang telah dibentangkan oleh pelajar DPLI Januari 2009.

PEMBENTANG PERTAMA

Nama pembentang:

1) Ella Syafinaz Bt Safian (P48587)

2) Noor Mazira Bt Ab Malek (P48638)

Tajuk Kajian Tindakan:

Meningkat Dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains Dan Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penyataan Masalah:

1. Adakah aktiviti permainan Monopoli secara berkumpulan dapat meningkatkan pemahaman para pelajar?

2. Adakah pelajar rasa seronok dan terhibur semasa belajar menggunakan kaedah ini?

Metodologi Kajian:

1. Plan

2. Act

3. Reflect

4. Observe

Dua pengkaji telah mengikuti empat proses utama dalam menjalankan kajian tindakan ini. Dimulai dengan perancangan, diikuti dengan tindakan, seterusnya pemerhatian dan diakhiri dengan melaksanakan refleksi kajian.

Sampel Kajian:

Pelajar Tingkatan 4 (subjek Sains 30 orang dan Pendidikan Islam 30 orang) SMK Bandar Banting, Selangor.

Pengumpulan Data:

Pengumpulan data dijalankan melalui 3 kaedah iaitu

a) Pemerhatian

b) Temubual

c) Ujian pra dan ujian pos

Penganalisaan data:

Dibuat dengan menggunakan kaedah seperti yang disebutkan dalam pengumpulan data

Implikasi kajian:

Bagi pendapat saya, implikasi kajian ini adalah ia akan dapat membantu pengajar dan pelajar dalam menggunakan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu dipelbagaikan. Pelajar juga berpuas hati dengan kaedah yang digunakan oleh guru dan mereka sangat berminat malah teruja dengan kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Prestasi pelajar dalam setiap ujian yang dijalankan juga menunjukkan peningkatan yang baik.

Pelajaran yang didapati daripada kajian:

Antara pengajaran yang saya dapati daripada kajian yang dibentangkan adalah:

1. dapat memberikan saya idea untuk menjalankan kaedah penggajaran di dalam kelas menggunakan kaedah monopoli.

2. Memberikan saya pendedahan awl bahawa guru perlu bersedia dengan kaedah yang berkesan mengikut kemampuan pelajar sebelum memasuki kelas

3. Menyedarkan saya bahawa kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan dan guru perlu kritis dan kretif dalam menyediakan BBM yang menarik kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajarn dijalankan.

PEMBENTANG KEDUA

Nama pembentang:

1) Suzana Mohd Fauzi (P48659)

2) Ummi Salmah Adnan (P48606)

3) Najwa Hayatee Abdullah (P48610)

Tajuk Kajian Tindakan:

Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran

Penyataan Masalah:

1. Adakah kaedah ’ verbal repeatition’ ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam P&P.

2. Adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’

Metodologi Kajian:

1. Plan

2. Act

3. Reflect

4. Observe

Tiga pengkaji telah mengikuti empat proses utama dalam menjalankan kajian tindakan ini. Dimulai dengan perancangan, diikuti dengan tindakan, seterusnya pemerhatian dan diakhiri dengan melaksanakan refleksi kajian.

Sampel Kajian:

Melibatkan 19 orang pelajar SMK Dato’ Ibrahim Yaacob

Pengumpulan Data:

Pengumpulan data dijalankan melalui 3 kaedah iaitu

a) Nota pemerhatian

b) Temubual

c) Rakaman video

d) Diari

Penganalisaan data:

Dibuat dengan menggunakan seperti yang dinyatakan dalam kaedah pengumpulan data.

Implikasi kajian:

1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan

2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru

3. Wujud aktiviti bantu-membantu

4. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan

5. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar

6. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan

7. Pada kitar ketiga, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas

Pelajaran yang didapati daripada kajian:

Antara pengajaran yang saya dapati daripada kajian yang dibentangkan adalah:

1. Guru sentiasa memantau dan memastikan pengajaran yang dijalankan adalah mengikut kemampuan pelajar.

2. Kaedah pengajaran juga perlu dipelbagaikan bagi mengelakkan pelajar merasa bosan.


Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : AKTIVITI 2 JURNAL

JURNAL 1

Tajuk jurnal : Exploring A Conceptual Model-Based Approach To Teaching Situated Word Problem
Pengkaji : Yan Ping Xin & Dake Zhang

ABSTRAK:
Penulis meneroka kesan konsep pengajaran berdasarkan kaedah pengajaran berdasarkan penyelesaian masalah dalam pelbagai situasi. Pelajar yang terlibat bagi kajian tindakan ini adalah pelajar gred 4 dan 5 yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Penulis mengadaptasikan rekabentuk kepelbagaian penyelesaian masalah untuk mengaitkannya dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti punca dan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam Matematik serta jalan penyelesaiannya.

SAMPEL KAJIAN:
Pelajar gred 4 dan 5 seramai 20 orang

SETTING KAJIAN:
Sekolah Rendah

PROSEDUR KAJIAN:

Dalam kajian ini data dikumpul melalui peninjauan. Seterusnya kolaborasi daripada pihak professional untuk perbandingan sebagai komponen penilaian. Akhirnya penilaian sebenar dilakukan hasil daripada kajian tindakan.
Proses Kajian Tindakan:
Peninjauan – Penyiasatan dan analisis
Kolaborasi – Perancangan dan tindakan
Penilaian – Refleksi tindakan dan dapatan


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:
Pengumpulan data secara kuantitatif:
Open-ended questionnaire
· Ujian-Pra
· Ujian-Pos
Pengumpulan data secara kualitatif:
· Borang maklum balas
· Temubual


PAPARAN KAJIAN:
Dapatan kajian dibuat dalam bentuk persoalan yang menjawab kepada setiap permasalahan.

KESIMPULAN:
Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang lemah dalam Matematik dapat mengaitkan soalan yang diberi berdasarkan kriteria yang direka oleh pengkaji. Penulis membincangkan bahawa pencapaian pelajar boleh ditingkatkan dengan memberikan mereka peluang dalam pendidikan, termasuk merekabentuk kaedah pengajaran berkesan.


JURNAL 2

Tajuk Jurnal: School Counselor Action Research : A Case Example
Pengkaji: Leslie Luck, M. Ed

ABSTRAK:
Pengkaji menjalankan kajian ke atas pelajar yang bergiat aktif di dalam persatuan kaunselor di sekolah. Pelajar dalam gred 4 dan 5 terlibat dalam kajian tindakan ini. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian Penilaian Ketepatan Florida. Dapatan menunjukkan pelajar yang aktif dalam bidang kaunselor menunjukkan pencapaian yang lebih dalam Matematik dan pembacaan.

PENYATAAN MASALAH:
Melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kaunselor di sekolah akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam pembacaan dan skor Matematik.

SAMPEL KAJIAN:
Pelajar gred 4 dan 5 seramai 760 orang

SETTING KAJIAN:
Sekolah rendah

PROSEDUR KAJIAN:

Dalam kajian ini data dikumpul melalui borang kaji selidik. Proses yang pertama ialah dengan memperkenalkan kemahiran SSS kepada pelajar. Setelah kemahiran SSS ini diterokai oleh pelajar, pengkaji akan mengenalpasti pelajar yang mendapat skor yang rendah dan tinggi untuk kemahiran ini. Seterusnya pengkaji akan melihat kolaborasi daripada pihak professional untuk perbandingan sebagai komponen penilaian. Akhirnya penilaian sebenar dilakukan hasil daripada kajian tindakan.

Proses Kajian Tindakan:
Peninjauan – Penyiasatan dan analisis
Kolaborasi – Perancangan dan tindakan
Penilaian – Refleksi tindakan dan dapatan


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:
Pengumpulan data secara kuantitatif:
Open-ended questionnaire
· Ujian-Pra
· Ujian-Pos
Pengumpulan data secara kualitatif:
· Borang maklum balas
· Temubual

PAPARAN KAJIAN:
Dipaparkan dengan menggunakan jadual

KESIMPULAN:
dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kemahiran dalam data SSS akan dapat membantu meningkatkan program kaunseling di sekolah.


JURNAL 3

Tajuk Jurnal : An Investigation of Reading Strategies Employed by Trainee Teachers
Pengkaji: Feryal Cubukcu

ABSTRAK:

Jurnal ini memfokuskan kepada strategi pembacaan bagi guru pelatih dengan membuat perbentangan dapatan kajian yang telah dijalankan di University Turkey. Ia menekankan mengenai kepentingan strategi latihan dan mengapa strategi tersebut perlu dipelajari untuk meningkatkan bacaan di kalangan penuntut.

PENYATAAN MASALAH:
Mengenalpasti sejauh mana kepentingan strategi latihan dan kenapa strategi tersebut perlu dipelajari untuk meningkatkan tahap pembacaan guru pelatih.

SAMPEL KAJIAN:
229 orang guru pelatih yang berumur antara 19 hingga 21 tahun dipilih. (59 lelaki dan 170 perempuan)

SETTING KAJIAN:
Department Pengajaran Bahasa Inggeris di Universiti Western Turkey.

PROSEDUR KAJIAN:
Skala bagi strategi bacaan dibangunkan. Ia bertujuan untuk menyatakan strategi bacaan yang digunakan di universiti tersebut. Seterusnya temubual dijalankan untuk mendapatkan strategiyang digunakan oleh pelajar. pengkaji merekabentuk soalan jenis terbuka dan menggunakannya dengan sistematik. Pengkaji juga menemubual guru yang 10tahun berpengalaman di fakulti yang sama.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:
Pengumpulan data secara kuantitatif:
Open-ended questionnaire
· Ujian-Pra
· Ujian-Pos
Pengumpulan data secara kualitatif:
· Borang maklum balas/questionaire
· Temubual


KESIMPULAN:
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih kebanyakannya tidak terlalu peka kepada terhadap strategi pembacaan yang patut diamalkan seperti guru berpengalaman gunakan. pengkaji juga dapat mengenalpasti bahawa bahawa kebanyakan guru pelatih tidak berminat untuk membaca dengan betul adalah kerana dalam diri mereka tidakmempunyai minat, tidak tahu berkenaan dengan penggunaan ayat yang betul dan tidak mempedulikan perkataan-perkataan yang sukar.



TUGASAN 1: AKTIVITI 1 BUKU


DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Mengikut buku:

1. ACTION RESEARCH yang ditulis oleh Patrict J.M. Costello (2003), kajian tindakan bermaksud:

      • Suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang.
  • Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah.
  • Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal.
  • Tindakan yang diambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan.
  • Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajara dan pembelajaran.
  • Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang diambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.
Prosedur Kajian Tindakan:
  1. mengenalpasti masalah, isu dan situasi yang hendak dikaji
  2. merancang kajian
  3. bertindak
  4. melakukan pemerhatian
Pengumpulan dan Penganalisaan data:
  1. borang kaji selidik
  2. transkrip temubual
  3. rakaman audiotape/videotape
  4. pemerhatian
  5. diari kajian atau jurnal

2. Menurut buku TEACHERS DOING RESEARCH AN INTRODUCTORY GUIDEBOOK yang ditulis oleh R. Murray Thomas (2005) pula, maksud kajian tindakan adalah:


  • merupakan satu kajian atau penyelidikan yang memberikan jawapan kepada sesuatu permasalahan. Ia bertujuan untuk membimbing pembuat keputusan dalam menilai tentang bagaimana untuk mengendalikan sesuatu permasalahan atau kesukaran yang berkait dengan pengajaran.




Mengikut buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF

(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith baser);


1) Definisi Kajian Tindakan oleh Bartlett et al. (2001:39):

‘Pengumpulan, pembentangan dan analisis data secara sistematik’.

-Oleh itu, kajian adalah amalan mengumpul data seperti yang kita lakukan sehari-hari, tetapi dalam cara yang teratur dan sistematik untuk mencipta teori atau menyelesaikan masalah praktikal.

2) Definisi Kajian Tindakan oleh Cohen et al. (2000:226):

Kajian Tindakan adalah satu alat yang berkuasa untuk membuat perubahan dan pembaikan di peringkat setempat’.

-Projek kajian tindakan lebih berfokus kepada setempat. Ini kerana hasil kajian tidak boleh dibuat kesimpulan umum yang menyeluruh terhadap persekitaran yang berbeza.


Mengikut buku Becoming a Teacher Through Action Research

(Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr);

Kajian Tindakan merupakan pendekatan yang teratur dan sistematik untuk menyelesaikan masalah di mana ia mempunyai kitaran proses perancangan, pengumpulan data dan penyelesaian masalah secara aktif dengan adanya refleksi, analisis kritikan dan penilaian secara berterusan ke atas sesuatu permasalahan, dan hasilnya memberi makna kepada setiap pihak yang terlibat.


Melalui buku Educational Inclusion as Action Research maksud kajian tindakan:

1. Menghimpunkan dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan atau meningkatkan amalan pendidikan di sekolah-sekolah, organisasi pendidikan dan di institusi pendidikan

2. Kajian tindakan adalah cara untuk menilai amalan menyeluruh dalam bilik darjah dan sekolah

3. Satu cara untuk membangunkan pengetahuan kendiri secara profesional dan mencipta teori yang baik untuk mengajar dan belajar

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS

10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN


Guru perlu menjalankan kajian tindakan adalah seperti di bawah:

1. memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran
2. mengetahui masalah sebenar yang dihadapi dan mencari cara mengatasinya
3. sebagai rujukan atau panduan dalam merancang pengajaran harian
4. supaya guru menjadi lebih kreatif dan menambah pengetahuan
5. supaya guru peka terhadap persekitaran terutamanya situasi semasa dalam bidang pendidikan
6. menambahbaik kemahiran berkomunikasi dengan pelajar terutama semasa menjalankan kajian
7. menambah pengetahuan sendiri semasa mengumpul data
8. mengkaji perubahan sikap pelajar terhadap sesuatu topik
9. mencari kaedah terbaik untuk membantu pelajar lebih memahami topik yang dipelajari
10. memberi sumbangan kepada bidang pendidikan