Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 5: PROFESIONALISME GURU NOVIS

Maksud guru novis

Novis bermaksud baru atau boleh dirujuk kepada orang yang baru bekerja dan mereka tidak mempunyai pengalaman. Guru novis merupakan guru yang baru tamat kursus perguruannya dan baru sahaja menamatkan latihan perguruan. Mereka belum mempunyai sebarang pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan dan masih perlu banyak belajar serta menyesuaikan diri.



MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Semua guru termasuk guru pelatih, novis atau berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan. Ini kerana, hanya dengan melakukan kajian tindakan sahaja, guru-guru akan dapat meningkatkan kreativiti pengajaran serta menambahkan pengalaman sedia ada. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat diperbaiki kerana guru sentiasa dari masa ke semasa akan berusaha untuk menambahkan pengetahuannya. Amat penting kepada guru novis supaya mempunyai kemahiran dalam menarik perhatian pelajarnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Jadi guru novis perlu berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan sedia ada dan menggarapnya supaya menjai lebih menarik.

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana ia akan dapat menambahbaik kemahiran berkomunikasi dengan pelajar terutama semasa menjalankan kajian. Selain itu, ia akan dapat mencari kaedah terbaik untuk membantu pelajar lebih memahami topik yang dipelajari. Kajian tindakan juga menjadikan guru supaya guru peka terhadap persekitaran terutamanya situasi semasa dalam bidang pendidikan. selain itu, guru juga akan dapat:
  1. meningkatkan penggunaan BBM yang lebih afektif dan kreatif
  2. dapat merapatkan hubungan antara guru-guru di dalam kajian tindakan koloberatif
  3. membantu pelajar untuk belajar dengan teknik-teknik atau cara yang berkesan
  4. dapat memperlihatkan perkembangan seorang guru dan pelajar ke arah yang positif
  5. mendapat pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing
  6. dapat bertingkah laku professional, beriltizam dan patuh kepada keperluan etika dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran
  7. dapat bergiat aktif dalam meningkatkan profesionalisme keguruan seperti mengamalkan pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan, melakukan reformasi pendidikan dan penglibatan diri dalam membuat keputusan.


Bincangkan dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

No comments:

Post a Comment