Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 7 : TUGASAN 4 -MINI KT

Tajuk Mini Kajian:
~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

Setelah membuat refleksi kendiri, dalam pasukan serta berbincang dengan rakan lain, antara kelemahan pengajaran menggunakan video interaktif adalah seperti berikut:

Proses P&P akan membosankan jika tahap penguasaan murid di dalam kelas adalah tidak sama
Pelajar yang kurang memahami isi pengajaran menggunakan video interaktif akan meminta guru untuk mengulagi kembali tayangan isi pengajaran berkali-kali. Proses ini akan mengambil masa dan bagi murid yang cepat faham sudah tentu akan membosankan mereka.

Kegagalam murid mengaitkan antara video yang ditayangkan dengan isi pengajaran
Pelajar mungkin akan tertarik dengan video yang ditayangkan tetapi tidak memahami apa maksud serta kaitan sebenar dengan isi pengajaran yang akan guru sampaikan. Maksud sebenar-benarnya tidak sampai dan tidak memberi makna kepada pelajar.

Mencabar kreadibiliti guru
Guru tidak boleh sewenang-wenangnya hanya menggunakan video interaktif dalam pengajaran di dalam bilik darjah tanpa memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya kepada murid. perkaitan antara apa yang ditayangkan dengan isi pengajaran perlu diterangkan oleh guru dengan bijak supaya maksud yang ingin diterap ke dalam diri murid berjaya serta objektif pengajaran tercapai.

Kekurangan peralatan dan kemudahan teknologi di sekolah
Hasrat untuk mengaplikasikan video interaktif dalam P&P akan terbantut sekiranya peralatan yang diperlukan adalah tidak mencukupi.

Guru yang cetek kemahiran ICT
Masalah juga akan timbul sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran secukupnya dalam ICT dan tiada usaha untuk menambahkan ilmu dalam bidang berkenaan.






No comments:

Post a Comment